Tahiyyatul Islam

...II Mulakanlah Pertemuan Dengan Lafaz Yang Mulia II...

Salam Ukhwah FilLah

...II Selamat Datang II II Ahlan wa Sahlan II II Welcome II...

Buku Tetamu

...II Sesungguhnya Tetamu Yang Datang Membawa Rahmat II...

Entri Terkini

...II Moga Anda Akan Beroleh Ilmu dan Informasi Yang Berguna II...

Sunday, February 21, 2010

CD E-Laporan j-QAF Tahun 2010

Perhatian kepada semua Penyelaras j-QAF/ Data j-QAF.
lk
Cd-cd e-Laporan j-QAF untuk tahun 2010 (versi baru) telah mula diedarkan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim.
lk
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada team yang telah terlibat di dalam membina perisian e-Laporan j-QAF versi baru ini yang terdiri daripada :
lk
En. Sulaiman bin Yusof (GPK Kokurikulum SK Taman Muhibbah)
Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Bakar (SK Ayer Manis)
Ustaz Khairul Anuar bin Abdul Rahman (SK Indahpura 2)
Ustaz Mohd Shukri bin Arshad (SK Sinar Bahagia)

Teks Bercerita Kisah-Kisah Daripada Al-Qur'an Untuk MTQSS Tahun 2010

Perhatian kepada semua Penyelaras Dakwah Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kulai.
lk
Pada awal Februari yang lalu, telah diedarkan teks Bercerita Kisah-Kisah Daripada Al-Qur'an Untuk Tahun 2010. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustazah Kalthom binti Abdul Rahman, Penyelia Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim. Harap maklum.
lk
Dan ucapan terima kasih kepada ahli panel yang terlibat di dalam menyediakan teks itu yang terdiri daripada :
lk
Ustazah Mas binti Hamidon selaku Ketua (SK Felda Pengeli Timur)
Ustazah Mahnum binti Hehsan (SK Kangkar Pulai 2)
Ustazah Ominah binti Ahmad (SK Bandar Putra)
Ustazah Suria binti Ahmad (SK Taman Sri Pulai)
Ustazah Rozita binti Mohamad (SK Bandar Tenggara 2)
Ustazah Hazlina binti Ramli (SK Felda Sungai Sibol)
Ustazah Asparinah binti Abdullah (SK Bandar Tenggara 1)
Ustazah Yosni NorJannah binti Yong (SK Sinar Bahagia)

Friday, February 19, 2010

Mohon Maaf dan Pelancaran Blog

lk
Lajnah Penerbitan dan Penerangan PEKDIS Daerah Kulai, dengan ini ingin menyusun jari memohon kemaafan atas kelewatan mem'publish'kan Blog Rasmi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim ini.
lk
Bagi anda yang ternanti-nanti, dengan lafaz yang mulia BismilLahirRahmanirRahim, kami bawakan kepada anda, Blog Rasmi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim yang mula beroperasi secara rasmi mulai jam 12:45 malam, 19 Februari 2010 bersamaan 5 Rabi'ul Awwal 1431H.

Thursday, February 18, 2010

Tema Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Tahun 2010

Perhatian kepada semua Penyelaras Dakwah,

Tema Festival Nasyid
Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2010 :
lk
Johan Kebangsaan Tahun 2009 (kategori Sekolah Menengah); Izdan dari SMKA Ma'ahad Muar (Lagu 1)
lk
Izdan (Lagu 2)
lk
Johan Kebangsaan Tahun 2009 (kategori Sekolah Rendah), dari Negeri Pahang (Lagu 1)
lk
(Lagu 2)

Hubungi Kami

Blog Rasmi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim boleh dihubungi samada melalui kotak 'Mesej Anda', melalui butang 'Cadangan', 'Komen' atau 'Pertanyaan' atau melalui alamat email, http://upippdkulai@gmail.com/ Terima kasih.

Sunday, February 14, 2010

Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010

Dengan ini dimaklumkan bahawa, Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010 tidak akan dipertandingkan untuk tahun ini. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustaz Ziman bin Mohammad; Penyelia Kanan Pendidikan Islam ataupun Ustazah Kalthom binti Abdul Rahman; Penyelia di Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim. Harap maklum.
lk
u/p : Penyelaras Dakwah, Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kulai.

Tuesday, February 9, 2010

JKD Pendidikan Islam Menengah

Pengerusi :
Pn. Hjh. Kamariah binti Sarep
Pengetua
SMK Bandar Tenggara 2
lk
Timbalan Pengerusi :
En. Khairudin bin Mustapha
GPK 1
SMK Bandar Tenggara 2
lk
Setiausaha :
KP Pendidikan Islam
SMK Bandar Tenggara 2

JKD Pendidikan Islam Rendah

Pengerusi :
En. Jais bin Sudin
Guru Besar
SK Senai
lk
Timbalan Pengerusi :
En. Abd. Rahim bin Jamian
Guru Besar
SK Indahpura 1
lk
Naib Pengerusi :
Pn. Sauyah binti Khamis
GPK 1
SK Senai
lk
Setiausaha :
KP Pendidikan Islam
SK Senai

JKD Tasawur Islam dan Bahasa Arab Menengah

Pengerusi :
Pn. Hjh. Marmining binti Ahmad
Pengetua
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
lk
Timbalan Pengerusi :
En. Rahmat bin Baharudin
GPK 1
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
lk
Setiausaha :
KP Tasawur Islam dan Bahasa Arab
SMK Tunku Abdul Rahman Putra

JKD Bahasa Arab Rendah

Pengerusi :
En. Md. Yusoff bin Ahmadi
Guru Besar
SK LKTP Sungai Sayong
lk
Timbalan Pengerusi :
Tn. Hj. Ramli bin Ali
Guru Besar
SK Bukit Batu
lk
Naib Pengerusi :
En. M. Azmi bin Suliman
GPK 1
SK LKTP Sungai Sayong
lk
Setiausaha :
KP Bahasa Arab
SK LKTP Sungai Sayong

JKD Program j-QAF

Pengerusi :
Tn. Hj. Othman bin bin Talib
Guru Besar
SK Sinar Bahagia
lk
Timbalan Pengerusi :
Pn. Rohani binti Shamsudin
Guru Besar
SK Senai Utama
lk
Naib Pengerusi :
En. Kamaludin bin Sujan
GPK1
SK Sinar Bahagia
lk
Setiausaha :
KP j-QAF
SK Sinar Bahagia

PEKDIS Daerah Kulai

Pengerusi :

Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Unit Pendidikan Islam

Naib Pengerusi :

Ustazah Kalthom binti Abdul Rahman
Penyelia Unit Pendidikan Islam

Setiausaha :

Ustaz Mohd Erwan bin Malib
SMK Kulai Besar

Naib Setiausaha :

Ustaz Mohd Ghazali bin Abdul Manap
SMK Senai

Bendahari :

Ustazah Juhairiah binti Ali
SK Senai

Lajnah Latihan dan Kepimpinan :

Ustaz Tuan Mohd Nor bin Raja Omar
SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Ustaz Sham bin Hamzan
SK Polis Kem

Ustazah Normala binti Ismail
SMK Kangkar Pulai

Lajnah Aktiviti Dakwah :

Ustaz Wan Shafie bin Wan Mamat
SMK Kelapa Sawit

Ustazah Rosliza binti Mohamad
SK Bandar Putra

Ustazah Mas binti Hamidon
SK (F) Pengeli

Ustazah Masitah binti Mispan
SK Taman Kota Kulai

Lajnah Kebajikan :

Ustaz Mohamad Shafie bin Ali
SMK Bandar Putra

Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad
SK Kangkar Pulai 2

Ustaz Mohd Faisol bin Palal
SK Bandar Tenggara

Ustazah Haryati binti Hashim
SK Kulai

Lajnah Penerangan :

Ustaz Mohd Zazali bin Mohamad Zin
SMK Seri Pinang

Ustaz Noor Azaref bin Naim
SK LKTP Sungai Sayong

Ustaz Ahmad Jamil bin Harun
SMK Sultan Alauddin

Ustaz Ab Rahim bin Md Arshad
SMK Bandar Tenggara

Lajnah Penerbitan :

Ustaz Khairul Anuar bin Abdul Rahman
SK Indahpura 2

Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Bakar
SK Ayer Manis

Ustaz Mohd Shukri bin Arshad
SK Sinar Bahagia

MAKDIS Daerah Kulai

Harap maaf. Maklumat berkenaan dengan MAKDIS Daerah Kulai masih di dalam proses pengumpulan.

Pertanyaan Anda

Anda boleh membuat pertanyaan tentang apa sahaja yang berkaitan dengan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim dan semua entiti yang berada di bawahnya pada entri Pertanyaan Anda ini. Namun, pertanyaan tentang lain-lain hal seperti yang berkaitan dengan hukum-hakam, hal ehwal Islam dan sebagainya, kami akan berusaha untuk menyediakan satu saluran yang bersesuaian untuk anda berbuat demikian pada masa yang akan datang. Setiap pertanyaan perlu disertakan nama dan sekolah tempat anda mengajar.

Cadangan Anda

Jika anda mempunyai sebarang komen penambahbaikan terhadap pengurusan blog ini atau apa sahaja komen penambahbaikan ke arah memartabatkan profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini, atau apa-apa sahaja komen penambahbaikan yang bersifat positif, anda boleh memberikan komen tersebut pada enti Cadangan Anda ini. Setiap cadangan perlu disertakan nama dan sekolah tempat anda mengajar. Terima kasih atas cadangan yang telah diberikan...

Komen Anda

Jika anda mempunyai sebarang komen tentang pengurusan blog ini atau apa sahaja yang berada di dalam ruang lingkup yang munasabah dan tidak menjatuhkan maruah sesiapa, anda boleh meninggalkan komen tersebut pada entri Komen Anda ini. Setiap komen perlu disertakan nama dan sekolah tempat anda mengajar. Kami amat menghargai setiap komen yang anda diberikan. Terima kasih...

Sunday, February 7, 2010

Doa Sempena Kejohanan Olahraga Tahunan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradatMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Kejohanan Olahraga Tahunan dot dot dot.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Justeru itu, kami memohon kepadaMu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ