Tahiyyatul Islam

...II Mulakanlah Pertemuan Dengan Lafaz Yang Mulia II...

Salam Ukhwah FilLah

...II Selamat Datang II II Ahlan wa Sahlan II II Welcome II...

Buku Tetamu

...II Sesungguhnya Tetamu Yang Datang Membawa Rahmat II...

Entri Terkini

...II Moga Anda Akan Beroleh Ilmu dan Informasi Yang Berguna II...

Sunday, December 13, 2009

Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, Johor Darul Takzim

Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, diterajui 2 orang qiyadah pendidikan yang terdiri daripada seorang Penyelia Kanan dan seorang Penyelia. Mari kita berkenalan dengan mereka...
lk


Alkisahnya...

Di dalam Pelan Tindakan Lajnah Penerangan, PEKDIS Daerah Kulai untuk Tahun 2010, telah dicadangkan aktiviti untuk membina blog ini, bagi mencapai Matlamat Strategik Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu "Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah" (Matlamat Strategik yang ke-2).
lk
Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan Guru-Guru Pendidikan Islam terhadap ilmu-ilmu Islam dan pelbagai disiplin ilmu yang lain, meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian makluman program dakwah dan meningkatkan amalan mengdokumentasikan maklumat di kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai.
lk
Walaupun, blog ini merupakan aktiviti di bawah PEKDIS Daerah Kulai, namun ia sebenarnya merupakan blog yang mewakili Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai dan semua entiti yang berada di bawahnya iaitu JKD Pendidikan Islam Menengah, JKD Pendidikan Islam Rendah, JKD Tasawur Islam dan Bahasa Arab Menengah, JKD Bahasa Arab Rendah, JKD Program j-QAF, MAKDIS dan PEKDIS itu sendiri.

Masih Dalam Pembinaan...

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera. Blog ini masih dalam pembinaan... In sya Allah, akan mula beroperasi secara rasmi mulai Januari 2010. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini, dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara Guru-Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini dan menjadi suatu wadah di dalam menyampaikan ilmu dan maklumat.