Tahiyyatul Islam

...II Mulakanlah Pertemuan Dengan Lafaz Yang Mulia II...

Salam Ukhwah FilLah

...II Selamat Datang II II Ahlan wa Sahlan II II Welcome II...

Buku Tetamu

...II Sesungguhnya Tetamu Yang Datang Membawa Rahmat II...

Entri Terkini

...II Moga Anda Akan Beroleh Ilmu dan Informasi Yang Berguna II...

Sunday, February 7, 2010

Doa Sempena Kejohanan Olahraga Tahunan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradatMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Kejohanan Olahraga Tahunan dot dot dot.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Justeru itu, kami memohon kepadaMu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

0 comments: